Pages

Wednesday, August 28, 2019

Tiada 'kertas putih' kutipan cukai ikut kaum - LHDN

KUALA LUMPUR: Tiada pembentangan kertas putih di Parlimen membabitkan laporan jumlah sumbangan cukai berdasarkan komposisi kaum di Malaysia seperti yang tersebar menerusi media sosial, baru-baru ini.
Bahagian Komunikasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ketika menjelaskan perkara itu berkata, maklumat pembayar dan data kutipan cukai tidak disimpan berdasarkan komposisi kaum serta bangsa, selari prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak lembaga.
Sehubungan itu, katanya, data yang tular di media sosial, kononnya wujud pecahan kutipan cukai mengikut komposisi kaum adalah tidak benar dan bukan daripada sumber LHDN.
“Data dan maklumat pembayar cukai yang direkodkan dalam sistem LHDN dikategorikan mengikut komponen pembayar cukai, membabitkan cukai individu serta syarikat.
“Pecahan mengikut lapan komponen ini boleh disemak di portal rasmi LHDN, www.hasil.gov.my dan siaran media Kementerian Kewangan.
“Oleh itu, LHDNM sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat dan sahih bagi mengelakkan kekeliruan serta salah faham demi kebaikan bersama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - BIMB - 08086010034971- QM Rich