Pages

Tuesday, August 27, 2019

Bon Samurai: LGE perlu terus terang hutang negara




KUALA LUMPUR:  Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk menerbitkan satu lagi bon Samurai bagi menangani masalah kewangan negara susulan Jepun menawarkan pinjaman yang cukup rendah iaitu pada kadar di bawah 0.65 peratus.
shahirNamun, hal itu menimbulkan kebimbangan Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) dan mengingatkan kerajaan PH agar berhati-hati dengan cadangan Jepun itu.
Menurut ketuanya, Shahir Adnan berkemungkinan ada udang di sebalik batu kerana tidak ada 'makan percuma' (free lunch) jika diberikan tawaran sebegini rupa.
"Yang pasti, Malaysia tidak akan 'makan sushi dengan percuma'," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
 
Dalam pada itu, beliau menasihatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk berterus-terang dengan keadaan ekonomi Malaysia masa kini tidak hanya berdabik dada mencanang ekonomi negara makin kukuh.
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri pula ingin membuat pinjaman daripada negara lain dengan alasan masalah ekonomi negara.
"Jika terus berhutang, kenyataan Lim Guan Eng yang mengatakan hutang negara RM1 trilion bakal menjadi kenyataan.
"Jelas menunjukkan PH gagal mengurus ekonomi negara. Pinjaman bon Jepun sekali lagi bakal melumpuhkan sistem ekonomi negara umpama harakiri ekonomi, bukan selamatkan ekonomi," katanya. – HARAKAHDAILY 27/8/2019

=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - BIMB - 08086010034971- QM Rich