Tuesday, August 27, 2019

DAP perlu nasihatkan Ramasamy

PUTRAJAYA - DAP Putrajaya menggesa DAP Pusat menasihati Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy agar tidak lagi bersikap perkauman.

Image result for ramasamy ltte
Setiausahanya, Mohamad Nazir Zakaria berkata, sikap pemimpin DAP itu akan membuatkan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) terutama umat Islam di Pulau Pinang akan berkurangan.

Menurutnya, Ramasamy haruslah membawa ideologi Malaysia Baharu seperti yang diperkenalkan PH.


“DAP Putrajaya mengambil sikap Malaysia Baharu dibawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau menegaskan Dr Zakir Naik tidak akan dihantar pulang ke India.

“Sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman haruslah senada dengan Perdana Menteri. Sikap ini seharusnya diambil sama oleh Ramasamy sebagai anggota kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, Ramasamy melahirkan kekecewaan dengan keputusan Perdana Menteri untuk tidak menghantar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik pulang ke India.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CCC) DAP itu memberitahu, beliau kecewa dengan keputusan Dr Mahathir yang telah menjanjikan Malaysia Baharu tanpa mengira bangsa atau agama.

Sementara itu, Mohamad Nazir berkata, Ramasamy tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan sepatutnya beliau mewakili semua bangsa di Malaysia.

“Hasil kajian dan penilaian, DAP Putrajaya berpendapat yang Dr Zakir Naik tidak pernah mengeluarkan kenyataan menghina mana-mana bangsa atau agama.

“Setiap kemunculannya di khalayak, beliau hanya menyatakan fakta tertulis sama ada dari kitab mana-mana agama yang original,” katanya.
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - BIMB - 08086010034971- QM Rich