Pages

Wednesday, August 28, 2019

Jangan berlaga kerana perbezaan dalam isu khat


Bayangkan isu tulisan khat dan jawi tercetus ketika Barisan Nasional berkuasa dan kritikan yang akan menyusul kemudian.
“Seluruh Kabinet kena letak jawatan” dan “Keputusan memperkenalkan jawi khat akan menyebabkan kita 10 tahun ke belakang di dalam sistem pendidikan kita”.

Pembangkang pula akan berkata: “Jika kita menang, kita akan keluarkan silibus ini daripada sistem pendidikan negara.”
“MCA pembelot orang Cina, tunduk kepada Umno, tiada guli”, “Sistem pendidikan vernakular dicabuli, MCA membisu”, “MCA pembunuh sistem pendidikan vernakular, seluruh MCA kena letak jawatan”, “Isu khat jawi: MCA mesti keluar Kabinet BN, tanda protes kalau ada prinsip”.
Tidak kurang pula akan mendesak BN “dedahkan siapa yang mencadang dan menyokong khat jawi di sekolah, biar rakyat tolak mereka di pilihan raya akan datang”.
Mungkin wujud “petisyen menuntut menteri pendidikan meletak jawatan mencecah 10,000 di dalam masa sehari”, “kajian menunjukkan kerajaan hilang sokongan 90% undi Cina kerana isu khat jawi”, “batalkan khat jawi atau hadapi kehilangan sokongan”.
“Isu khat jawi untuk tutup kelemahan ekonomi”, “Tetap melaksanakan khat jawi: PM bacul, bukan PM rakyat Malaysia”, “Masa depan Malaysia malap dengan Kabinet ini”, “Cabar BN berdebat pengenalan khat jawi di Parlimen sebelum pelaksanaan”, “Isu khat jawi: Pembangkang cabar debat dengan presiden MCA dan menteri pendidikan”, “Pertubuhan bukan Islam bersatu bantah khat jawi di sekolah” dan “Apa gunanya belajar khat jawi? Baik belajar coding” pula mungkin menjadi tajuk berita.
Kesimpulannya, apa yang dihadapi DAP dan Pakatan Harapan dalam isu pengenalan tulisan khat jawi hanyalah seperti termakan cili yang ditanam sendiri.
Pihak yang rugi dalam pertarungan berterusan menjadi juara kaum dalam kalangan parti komponen PH sendiri dan juga antara MCA dan DAP ialah rakyat Malaysia serta perpaduan rakyat Malaysia yang terjalin selama ini.
Isu khat jawi hanyalah satu isu yang remeh. Apa masalahnya untuk mengenal satu tulisan baru yang menjadi warisan sejarah kita?
Kepada yang berhujah jawi tiada nilai komersial, lihatlah betapa ramai yang menggunakan tulisan jawi apabila ingin menjadikan produk mereka diterima semua kaum.
Malaysia diberkati pelbagai sumber kekayaan, daripada sumber asli kepada kekayaan budaya dan sosial.
Tugas kita sebagai rakyat Malaysia ialah memelihara Malaysia agar ia kekal aman, damai dan makmur. Tugas ini sebenarnya sudah cukup untuk menyatupadukan kita.
Jangan biarkan perbezaan kita menyebabkan kita saling mencurigai. Jangan biarkan perbezaan kita digunakan untuk melagakan kita dan jangan biarkan perbezaan kita menjadi keruntuhan kita.
Raikanlah perbezaan kita, fahami perbezaan kita dan terimalah perbezaan kita. Sesungguhnya ia adalah sumber kekuatan dan kekayaan yang unik bagi Malaysia.
Bersatulah sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang kita akan menyebabkan kita kesal bersama. Sayangilah Malaysia.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
............


KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan
Sumbangan Diperlukan 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - BIMB - 08086010034971- QM Rich