Pages

Wednesday, August 28, 2019

politik kaum akan terus bertahan sekurang-kurangnya untuk 2 atau 3 pilihan raya umum akan datang

GOMBAK: Khairy Jamaluddin hari ini berkata politik kaum akan terus bertahan dan memuji Presiden PKR, Anwar Ibrahim kerana berani menubuhkan parti berbilang kaum.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata Umno dan PAS juga sudah merasai kelebihan kerjasama rapat.
Beliau percaya kerjasama Umno dan PAS akan menghebatkan lagi politik identiti kaum.
Bagaimanapun, beliau menambah: “Saya diasingkan kerana saya tak setuju dengan politik identiti.”
Beliau berkata demikian pada forum “Pilihan raya-pilihan raya Kecil Pasca PRU14: Implikasi pada PRU15” hari ini.
“Apabila anda dalam Umno dan PAS dan anda tahu itulah formula kemenangannya, anda akan terus mengamalkannya,” katanya merujuk kepada 3 pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 9 Mei lepas di mana calon Umno yang disokong PAS menang.
Khairy berkata 3 kemenangan itu akan menghebatkan lagi penjodohan Umno dan PAS.
Di Semenanjung, Barisan Nasional, yang meletakkan calon-calon Umno, menang di Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau, manakala Pakatan Harapan menang di Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson.
Khairy berkata walaupun 3 pilihan raya kecil itu tidak akan menentukan gabungan mana yang akan menang pada pilihan raya umum akan datang, ia menunjukkan apakah yang akan dialami nanti.
Tidak seperti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang menubuhkan sebuah parti Melayu, Khairy berkata Anwar menubuhkan sebuah parti berbilang kaum.
“Anwar, sekurang-kurangnya, berani menubuhkan sebuah parti berbilang kaum,” katanya.
Beliau berkata, Anwar, seperti Mahathir, boleh menubuhkan parti Melayu tetapi beliau tidak berbuat demikian. Sebaliknya, Anwar kehilangan sebahagian sokongan orang Melayu apabila dia menubuhkan parti berbilang kaum.
Khairy berpandangan sekiranya Anwar mengambil alih jawatan perdana menteri, ia akan mengukuhkan hubungan antara kaum tetapi “kita akan menyaksikan Umno dan PAS menyerangnya”.
Sementara itu, Rais Husin dari PPBM juga percaya politik kaum akan terus bertahan sekurang-kurangnya untuk 2 atau 3 pilihan raya umum akan datang.
Ini kerana politik identiti semakin kuat dalam kalangan masyarakat Melayu, katanya.
Beliau menggesa PH melakukan penambahbaikan dengan memenuhi manifestonya dan meraih kepercayaan rakyat sebelum terlambat.

............


KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan
Sumbangan Diperlukan 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - BIMB - 08086010034971- QM Rich