Pages

Showing posts with label Royalti Minyak Hak Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Royalti Minyak Hak Kelantan. Show all posts

Sunday, September 28, 2014

Tengku Razaleigh Hamzah menjawab cerita sebenar

oleh : Ahmad Amzad Hashim

Tengku Razaleigh Hamzah menjawab cerita sebenar isu 3 batu nautika yang diratib oleh UMNO.
Pada minit ke 5 dalam video di bawah beliau menjelaskan bahawa kerajaan telah menyelesaikan masalah perbezaan dalam tuntutan Sabah dan Sarawak dengan mana mana negeri lain yang mengeluarkan minyak ( Terengganu dan Kelantan) dengan mengadakan perjanjian pindah hak terhadap hasil masa depan " Vesting Deed Agreement".

Dengan adanya Vesting deed agreement, tuntutan Terengganu dan Kelantan adalah sama tarafnya dengan Sabah dan Sarawak tanpa perlu sebarang pindaan perlembagaanpun.

UMNO menafikan hak Terengganu dan Kelantan yang 90% lebih rakyatnya melayu semata mata atas tujuan poltik. Politik UMNO menggadaikan hak Terengganu dan Kelantan untuk menikmati pembangunan yang lebih pesat yang sepatutnya menaikkan taraf negeri negeri melayu ini agar sekurang kurangnya sama maju seperti di negeri2 pantai barat Semenanjung


IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com


Friday, February 26, 2010

Royalti Minyak: UMNO Kelantan Tiada Kuasa - YB Haji Husam

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, YB Dato' Haji Husam Musa berkata, Pemimpin UMNO Kelantan yang berjawatan Menteri, tidak layak untuk bercakap mengenai Royalti Minyak kerana tidak mempunyai Portfolio dalam bidang tersebut.
Beliau yang juga EXCO Kanan Kerajaan Negeri Kelantan berkata, tanggungjawab untuk menjawab isu berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Petronas yang lebih tahu mengenai tuntutan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

“Saya hairan, kenapa pemimpin UMNO Kelantan yang bercakap mahu menghalang pemberian Royalti sedangkan ia bukan bidang kuasa mereka, sepatutnya pemimpin UMNO ini bersatu dengan kita untuk menuntut royalti bagi faedah rakyat Kelantan.

“Tanggungjawab untuk menjawab isu ini ialah perdana Menteri dan Petronas, bukan Menteri atau Timbalan Menteri yang tidak ada kena-mengena dengan Portfolio Petroleum, sebab itu bagi saya, keputusan ini adalah keputusan politik UMNO Kelantan,” katanya ketika ditemui di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed menjelaskan, semua kenyataan beliau berhubung Tuntutan Royalti Minyak Kerajaan PAS adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang turut disertai oleh Petronas, Peguam Negara dan pemimpin tertinggi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mustapa yang juga pengerusi perhubungan Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan dukacita dengan pelbagai dakwaan dan menganggap ia sebagai satu penyelewengan yang ditimbulkan oleh pembangkang yang cuba mencari ihsan politik.

Dalam masa yang sama, Husam berkata kepimpinan UMNO Kelantan jelas mengutamakan politik apabila kenyataan yang dikeluarkan dilihat bercanggah dengan pemimpin UMNO Terengganu (MB Mat Said) yang turut memperjuangkan isu Tuntutan Royalti Minyak.

“Kenapa UMNO Kelantan berbeza pandangan dengan UMNO Terengganu serta Ahli Parlimen Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah)? satu parti iaitu UMNO tetapi ada dua pandangan yang berbeza mengenai royalti, ini menunjukkan ianya sekadar untuk kepentingan politik.

“Kerajaan Negeri Terengganu menuntut dari sudut undang-undang walaupun mereka daripada UMNO, Ahli Parlimen Gua Musang juga dari parti UMNO, memberi pandangan mengikut undang-undang, tetapi UMNO Kelantan mengetepikan undang-undang kerana politik,” katanya.

Sumber - Sinar Harian