Pages

Tuesday, January 20, 2009

Ahli Parlimen Pokok Di Anugerah Dato

Anakanda Sultan Kedah dahului senarai penerima


62 terima darjah, bintang kebesaran ulang tahun keputeraan

ALOR STAR: Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim mendahului senarai 62 penerima darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ke-81, hari ini.

Tunku Puteri Intan Safinaz yang juga anakanda bongsu Sultan Kedah dianugerahkan darjah Orang Besar Empat membawa gelaran Tunku Panglima Besar.



Koperal Mohd Zamri Md Scoot dari Batalion ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Bukit Pinang, Kepala Batas, di sini menjadi penerima tunggal Bintang Keberanian Kedah (BKK).

Lima penerima anugerah Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) membawa gelaran Datuk Wira ialah Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Nordin Ali dan Panglima Medan Markas Medan Tentera Darat Kem Sungai Besi, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamad Affandi Raja Mohammed Noor.

Tiga lagi, Leftenan Jeneral (B) Datuk Masood Zainal Abidin; Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Dr Nordin Kardi dan Presiden Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Prof Datuk Mohd Shukri Ab Yajid.

Penerima tunggal darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) membawa gelaran Datuk ialah Panglima Markas Empat Divisyen Kem Wardieburn Kuala Lumpur, Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim.

Seramai 38 individu dikurniakan Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang juga membawa gelaran Datuk, iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr Abd Isa Ismail; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar serta Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Bioteknologi, Pembangunan Usahawan dan Sains Inovasi negeri, Amiruddin Hamzah.

Pegawai Daerah Kubang Pasu, Datin Che Barni Mohd Noor; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pinang, Md Rohsidi Osman; Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Azemi Kasim; Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Cawangan Penyakit Bawaan Rektor Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Azmi Hashim.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengairan dan Saliran, K John Abraham; Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, Abdullah Kassim; Pengarah Audit Persekutuan Jabatan Audit Negara, Mustafa Saman; Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara, Othman Ahmad.

Timbalan Ketua Pengarah II Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (Mida), Wahab Hamid; pensyarah, Tunku Mohani Tunku Mohtar; Dekan Universiti Teknologi Mara (UTM) Kampus Jalan Semarak Kuala Lumpur, Prof Dr Azhari Md Salleh; Brig Jeneral (B) Abd Hamid Md Zain; Brig Jeneral Adnan Abu Bakar; Brig Jeneral Mohd Dalib Basir.

Pengerusi Eksekutif, Abdul Latif Mohd Som; Panglima Wilayah Laut Tiga, Laksamana Pertama Abdul Ghani Othman; Timbalan Pengarah (Perlucut Hakan/ Harta/Tahan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner I Ismail Yatim; Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner I Shatar Abdul Jalil.

Ketua Jabatan Perubatan Respiratori, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr George Kutty Simon; Pengarah Perubatan dan Perunding Physician Kedah Medical Centre, Dr Ismail Yaacob; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Syeikh Fadzil Awang dan Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, Mohd Azhari Ghazali.

Sementara itu, Presiden First Solar Malaysia Sdn Bhd, Heiner J Eichermueller adalah penerima tunggal darjah kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK Kehormat) yang juga membawa gelaran Datuk, manakala Tunku Shazuddin Arif Tunku Sallehuddin dan Syed Nasir Syed Abdullah dikurniakan pingat Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (SMS).

Ahli Dewan Negara, Senator Zamri Yusuf dan Timbalan Speaker DUN Kedah, Abd Ghani Ahmad dikurniakan pingat Setia Mahkota Kedah (SMK).

Sebelas penerima pingat Jaksa Pendamai (JP) ialah Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim; dan Pengarah Urusan Pasaraya Borong Sakan, Che Umar Yatim.

Jurucakap Bahagian Protokol Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, berkata senarai penuh nama penerima bintang kebesaran lain akan diumumkan Rabu ini.