Pages

Sunday, February 1, 2009

PENDIRIAN DAP

SERTAI
BN...?
Ketika "kehilangan" tiga ADUN iaitu wakil rakyat Behrang, Jamaluddin
Mohd. Radzi (kiri), wakil rakyat Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu dan
terus menjadi tanda tanya sehingga ada yang beranggapan mereka akan menyertai
Barisan Nasional (BN), Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong (ADUN Jelapang)
juga dikatakan hilang sejak awal lagi ini.

Di George Town, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, "mana-mana wakil rakyat DAP di Perak yang tidak mengadakan hubungan bagi tempoh 24 jam tanpa sebarang sebab, parti akan mempertimbangkan dengan mendalam untuk memanggil pilihan raya kecil."
Media hari ini melaporkan anggota keluarga ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu gagal menjejaki kedudukan mereka sejak lima hari lalu.
Jamaluddin, 52, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Kedua-dua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen pad 25 Ogos lalu kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).
Nizar berkata hingga kini (petang ini) pihaknya masih belum dapat menghubungi kedua-dua ADUN berkenaan.
Ditanya sama ada pihaknya akan membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka, beliau berkata tindakan seperti itu tidak perlu.
"Saya rasa tiada keperluan untuk kita buat laporan polis kerana kita yakin mereka disimpan oleh pihak-pihak tertentu.
"Daripada kenyataan Perdana Menteri kita dah boleh tahu mereka ada di mana, jadi buat apa nak buat laporan," katanya.