Pages

Showing posts with label Politik Perak. Show all posts
Showing posts with label Politik Perak. Show all posts

Monday, February 16, 2009

Nizar yang dikagumi

Ahmad Lutfi Othman
Wed | Feb 11, 09 | 7:18:41 am MYT
Memang berat ujian buat Nizar Jamaluddin. Bagaimanapun Menteri Besar Perak ini - yang dititah letak jawatan oleh Sultan Perak namun enggan berbuat demikian - yakin beliau berada di jalan yang benar. Wajahnya tetap ceria dan berseri, cuba menyembunyikan rasa letih meniti hari yang padat. Matanya merah petanda tidak cukup tidur. Beberapa ayat awal surah ad-Dhuha menjadi rukun dalam mukadimah ucapannya, termasuk semasa wawancara eksklusif kami dengannya, juga ketika berpidato ringkas di depan Kuil Kallumaii Arul Subramaniar, Gunung Cheroh, Ipoh, pagi 8 Feb lalu. Iklan



Biarpun boleh dianggap pendatang baru dalam dunia politik, dan tiba-tiba dilantik menjadi Menteri Besar Perak, sesuatu yang tidak pernah termimpi oleh pimpinan Perak negeri itu, Nizar memang cepat belajar dan mudah menguasai persekitarannya. Berdepan tuduhan menjadi boneka DAP, menjual kepentingan Melayu, diapit tujuh Exco bukan Islam, ditambah Speaker dan Timbalan Speaker juga bukan Islam, dengan tenang Nizar mengemudi bahtera Kerajaan Negeri Perak selama 11 bulan. Justeru, tuduhan bahawa beliau kini seorang penderhaka bukan isu besar baginya.

Pada hari paling kritikal, 5 Feb, Nizar mengikuti satu program Koridor Utara di Bagan Serai bersama Perdana Menteri. Dalam ucapannya, Abdullah Ahmad Badawi langsung tidak menyebut nama Nizar walhal beliau masih seorang menteri besar. Esoknya, akhbar perdana turut "menggelapkan" kehadirannya di majlis berkenaan. Difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Anuar Zaini yang sepatutnya berada bersama Abdullah sedang rancak "mengatur nasib" Nizar di Istana Kinta. Anuar dikatakan dalang yang cuba merosakkan hubungan baik Nizar dengan istana, dan menganggu pentadbiran kerajaan negeri. Nizar sendiri pernah memaklumkan hal itu kepada Raja Nazrin Shah, rakan karib Anuar.

Menurut laporan akhbar, Nizar secara tergesa-gesa meninggalkan majlis di Bagan Serai itu untuk menghadap Sultan. Jam 12.45 tengah hari, Nizar dilihat memasuki Istana Kinta dan keluar kira-kira 20 minit kemudian dengan mengangkat tangan menunjukkan isyarat bagus sambil berkata 'insya-Allah' kepada sekumpulan wartawan. Ramai menjangkakan baginda telah memperkenan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun. Rupanya tidak, isyarat bagus bagi Nizar adalah tanda beliau berpuas hati dapat menjelaskan semua yang terbuku di dadanya kepada Sultan. Nizar memberitahu kami, Sultan hanya diam tunduk mendengar hujahnya.

Selama ini, sejarah pendek negara kita menyaksikan bahawa tiada tokoh politik yang "selamat" jika bertembung dengan pihak istana. Konflik dengan istana rasanya tidak pernah dimenangi oleh orang politik. Justeru, apakah kita boleh bayangkan bagaimana episod ini bakal berakhir? Ternyata Nizar sendiri sukar meramalkannya, namun membayangkan ia dapat membawa kesan positif akhirnya buat rakyat dan negara. Beliau mohon kami mengulas krisis di Perak itu dari sudut yang jarang terfikir oleh orang lain. Saya sendiri agak termangu mendengarnya.

Memang Nizar di pihak yang benar. Sultan tiada kuasa untuk menitahkannya meletakkan jawatan. Di bawah sistem Raja Berperlembagaan, Sultan juga harus tunduk dengan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak boleh masuk campur sewenang-wenangnya dalam pemerintahan negeri. Dalam situasi genting di Perak apabila BN dan Pakatan Rakyat mempunyai jumlah kerusi yang sama, dan tiga kerusi penentu wakil Bebas sedang dirujuk ke mahkamah, baginda sewajarnya memenuhi permohonan untuk membubarkan Dun. Ia langkah paling adil untuk semua pihak dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti. Jika dirasakan Nizar sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti Adun, baginda boleh menolak permohonan Menteri Besar itu dan membiarkan sahaja sidang Dun memutuskan undi tidak percaya kepada Nizar. Langkah baginda melantik menteri besar baru telah mengeruhkan lagi suasana dan langsung tidak membantu untuk memulihkan keadaan.

Memerhatikan dari dekat semasa beliau melawat tapak perayaan Thaipusam di Gunung Cheroh, saya yakin Nizar berjaya menawan hati rakyat Perak dari pelbagai kaum dan agama itu. Wajah orang ramai yang bersalaman dengannya, termasuk anak-anak kecil yang belum bersekolah, begitu ceria dan nampak senang sekali. Mereka bersorak gembira memanggil namanya sambil melambai-lambaikan tangan.

Malah ketika Anwar Ibrahim mengumumkan pada majlis ceramah perdana di kediaman rasmi menteri besar, saya dapat mengesan reaksi pantas hadirin dari masyarakat Tionghua. Semasa Anwar menegaskan bahawa jika berlaku pilihan raya negeri dan Pakatan menang, tiada calon yang akan dipilih menjadi menteri besar melainkan Nizar, beberapa anak muda Cina bertepuk sepuas hati. Mereka betul-betul gembira tidak terkata! _

Thursday, February 5, 2009

Pakatan anjur Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Perak

PETALING JAYA: Sementara kegawatan politik yang menyelubungi masih di peringkat tidak menentu, Pakatan Rakyat membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan 100,000 rakyat di Ipoh malam ini.


Ia akan diadakan 7 malam ini di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak.


Dalam kenyataan dihebahkan menerusi blognya, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan hadir bersama semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.


Anwar juga merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mempengerusikan mesyuarat Biro Politik parti itu di Kuala Lumpur malam tadi.

Munajat Perdana.



MUNAJAT PERDANA
PERTAHANKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
PERAK DARUL RIDZUAN
TEMPAT: KEDIAMAN MB, IPOH
TARIKH: 5 FEBRUARI 2009
WAKTU: 7 MLM HINGGA 11 MALM

ACARA: MULA SOLAT MAGHRIB, BACA YASIN, SOLAT ISYAK,SOLAT HAJAT, CERAMAH
TETAMU: MENTERI BESAR PERAK, PESURUHJAYA PAS PERAK
SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
sebarang kemusykilan, hubungi tel ini: 012-2704726, 019-9110192

MB Perak yakin keputusan Sultan adil

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.


"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada parti-parti politik dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mohammad Nizar, yang ditemui di Ibu Pejabat PAS Perak untuk menghadiri mesyuarat tergempar parti itu di sini malam ini, berkata pada majlis mengadap beliau dengan Sultan Perak di Istana Kinta petang tadi, Sultan Azlan Shah belum menitahkan keputusan baginda kepadanya.


"Tuanku bertitah baginda memerlukan masa untuk membuat kajian sedikit (atas cadangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)).


"Mungkin Tuanku akan merujuk kepada pakar-pakar perundangan supaya dapat mengelak sebarang krisis Perlembagaan. Saya akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku," katanya bagi mengulas pertemuan selama dua jam di Istana Kinta petang tadi.


Mohammad Nizar berkata, majlis mengadap Sultan Perak berjalan dengan cukup baik seperti biasa dan telah mempersembahkan kepada baginda keadaan politik negeri Perak yang tidak menentu dan memohon perkenan baginda untuk membubar DUN dengan serta merta.


Memandangkan Sultan Perak belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut, "Saya masih berterusan mentadbir bersama-sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat, dan akan menjalankan tugas seperti biasa."


Beliau berkata, pada pandangan Pakatan Rakyat, bagi menyelesaikan masalah ketidak tentuan politik di negeri ini berikutan wujudnya ADUN yang melompat parti maka adalah baik diadakan pilihan raya semula dan keputusannya akan menjadi lebih bersih.


Jika Sultan Perak tidak berkenan untuk membubarkan DUN, kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh memerintah sebagai kerajaan sementara dan kerajaan ini masih sah sebagai kerajaan minoriti seperti yang berlaku di Kanada dan India, katanya.


Menyentuh mengenai tindakan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong yang meninggalkan parti DAP untuk menjadi wakil bebas dan menggugat jawatannya sebagai Timbalan Speaker DUN, Mohammad Nizar berkata "kita perlu tunggu keputusan sama ada kerajaan negeri dibubarkan atau tidak".


" Buat masa ini, kita kena kaji semula UndangUndang Tubuh Kerajaan Perak mengenai perkara itu," katanya.


Menyentuh mengenai pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini yang mengatakan Barisan Nasional (BN) Perak kini mempunyai kerusi majoriti di DUN, Mohammad Nizar tidak mahu mempercayainya dan sekiranya benar ia adalah satu konspirasi politik yang besar.


Katanya, empat ADUN Pakatan Rakyat itu belum menyerahkan kenyataan rasmi mengenai keputusan mereka untuk menjadi wakil bebas.


Mengenai ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai semula Umno, Menteri Besar Perak itu mendakwa Nasaruddin mungkin dipaksa keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru disertai pada 25 Jan lalu atau "sebagainya".


Najib di Putrajaya hari ini berkata, BN memperoleh majoriti mudah untuk mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat ADUN daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.


Empat wakil rakyat itu adalah ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada PKR, ADUN Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP dan Nasaruddin.


Najib berkata ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah memaklumkan melalui surat kepada Sultan Perak mengenai tindakan mereka keluar daripada parti masing-masing semalam manakala ADUN Bota kembali kepada Umno hari ini.


Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi dan menurut Najib, walaupun BN mempunyai bilangan kerusi DUN sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketigatiga wakil raktyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN. BERNAMA

Wednesday, February 4, 2009

Kurang bijak bawa masuk wakil rakyat berkualiti rendah - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah kurang bijak bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan majoriti dengan membawa masuk pemimpin berkualiti rendah.


Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas langkah empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.


Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan hasrat untuk menjadi wakil rakyat Bebas manakala Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) yang baru-baru ini menyertai PKR telah kembali semula kepada Umno.


Berikutan perkembangan itu, majoriti kerusi pakatan PAS-PKR-DAP dalam 59 kerusi Dewan Undangan Negeri merosot daripada 32 kepada 28 manakala kerusi BN meningkat kepada 28 daripada 27.


Pada sidang akhbar petang tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak berkata, BN telah memperoleh wakil rakyat mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas itu telah berikrar akan menyokong BN.


Dr Mahathir berkata: "Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti. Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu," katanya.


Jamaluddin dan Mohd Osman menghadapi pertuduhan rasuah dan kes mereka sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.


Beliau juga mengingatkan bahawa jika kedua-dua mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah selepas menyertai BN, rakyat akan berkata sistem kehakiman telah dimanipulasi.BERNAMA

Sultan Perak akan buat keputusan esok

8.00 malam

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok.

Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.

Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.

Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini.

"Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran," katanya.

Ayat itu yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."

Belum ada keputusan lagi, kata MB Perak

7.00 petang

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin berkata, sehingga kini belum ada keputusan muktamad samada kerajaan negeri Perak yang ada akan jatuh dan diambilalih oleh BN.

Ini kerana, Sultan belum membuat keputusan lagi terhadap permohonannya untuk membubarkan Dun Perak.

Beliau berkata demikian kepada Tvpas.com yang menemui beliau di Pejabat Perhubungan PAS Perak sekejap tadi.

Beliau dijangka akan membuat penerangan kepada pimpinan PAS Perak apa yang berlaku dalam pertemuannya dengan Sultan Perak petang tadi.

Turut serta di pejabat PAS Perak adalah Adun dan juga Exco kerajaan negeri.
Posted by Siasah at 2:53 AM 4 comments
Terserah kepada Sultan Perak, kata Mohd Nizar

6.30 petang

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin telah keluar dari Istana Kinta jam 5.45 petang dengan memaklumkan dia telah menyerahkan segala apa yang perlu untuk ditimbang oleh Sultan Perak.

Beliau belum lagi membuat kenyataan lanjut.

Adalah difahamkan, Sultan telah menangguhkan keputusan terhadap permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak.

Ini bermakna, Nizar telah tidak berjaya untuk mendapatkan persetujuan Sultan untuk membubarkan Dun Perak hari ini.

Di Putrajaya, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan, Pakatan dan BN sekarang mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 dengan 28 dalam Dun Perak.

"Tetapi, kami ada tiga kerusi bebas yang bersama dengan kita," kata Najib dalam sidang akhbarnya.

Tiga kerusi bebas adalah PKR Behrang (Jamaludin Abu Bakar), PKR Changkat Jering (Mohd Osman Jailu) dan DAP Jelapang (Hee Hip Hong).

Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim pula menyertai BN semula.

Mengikut peraturan biasa, Dun Perak perlu bersidang untuk membuat undi tidak percaya kepada kerajaan yang ada dan jika berjaya, barulah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan jatuh.

Selepas itulah baru BN boleh membentuk kerajaan yang baru.

Namun Najib dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan menghadap Sultan Perak segera untuk memohon perkenan penubuhan kerajaan Perak yang baru.

Speaker Perak terima surat peletakan jawatan Yit Foong

04/02/2009 6:01pm


IPOH 4 Feb. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong.

Surat berkenaan diterima pukul 8.10 pagi ini di pejabatnya di Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini. - Utusan

Tuesday, February 3, 2009

Status 2 ADUN Perak masih sah - SPR

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi yang dilaporkan telah meletak jawatan kelmarin, masih sah sebagai wakil rakyat.
Ia diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebentar tadi selepas mengadakan mesyuarat lebih dua sebentar tadi.
Dengan itu pilihan raya kecil tidak akan diadakan.

Semalam beliau berkata, mesyuarat berkenaan akan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk dari sudut perundangan bagi memastikan keputusan yang akan diambil tidak menimbulkan sebarang implikasi.

Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dalam kenyataan mengumumkan bahawa ADUN Behrang, Jamaluddin dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang semalam.

Pagi semalam beliau memaklumkan kekosongan kedua-dua kerusi itu kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.
Bagaimanapun kedua-dua ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lepas, pada malam kelmarin menafikan kenyataan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bahawa mereka telah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan Sivakumar adalah surat yang ditandatangani mereka pada 8 Mac tahun lepas selepas pilihan raya umum lalu.

Monday, February 2, 2009

MB Perak: Surat letak jawatan 2 ADUN memang wujud

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, surat peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat memang wujud berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

"Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker.
"Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong.

"Dalam Perak ini, Speaker mempunyai kuasa berhubung hal tersebut," katanya.
Berhubung dakwaan Jamaluddin bahawa surat tersebut telah ditandatangani pada 8 Mac lalu oleh beliau dan tujuh ADUN PKR yang lain, Mohammad Nizar berkata, hal itu sepatutnya ditanya kepada Jamaluddin kerana beliau yang menandatangani surat itu.

"Kalau hendak letak jawatan, ia sememangnya memerlukan persetujuan beliau," katanya.
Ditanya sama ada beliau mengetahui tentang penghantaran surat itu, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya kerana Menteri Besar dan Speaker mempunyai kuasa yang berasingan.

Sunday, February 1, 2009

Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) nak cabar

[DIKEMAS KINI, 10.30 MALAM] PETALING JAYA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang didakwa "hilang" dan "tidak dapat dihubungi" sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.
Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).

Bagaimanapun Jamaluddin ketika dihubungi sebentar tadi menafikan ada menghantar surat meletak jawatan hari ini.
Sehubungan itu beliau mahu mencabar kesahihan makluman bahawa telah melepaskan kerusi DUN.

Kata beliau, surat yang kandungannya dimaklumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri petang ini merupakan surat yang ditandatangani Mac lalu.
mStar Online difahamkan ada wakil rakyat yang menandatangani surat letak jawatan sebagai ADUN, yang tidak bertarikh.

Perkembangan terbaru itu diketahui kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan ada kemungkinan mereka akan sertai BN manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula mencabar kedua-dua ADUN berkenaa keluar dan mengisytiharkan jika benar telah memasuki BN. Perkembangan petang ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil - pilihan raya kecil peringkat negeri yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen telah diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang Ogos lalu dan Kuala Terengganu, Terengganu bulan lalu.

Dengan keputusan meletakkan jawatan itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman tidak boleh bertanding semula dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.

Mohd. Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu, Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.